Kvaloya Homestay KvaloyaHomestay · Jeniang Tempah

Frequently Asked Questions (FAQ)

Soalan Lazim

Ada soalan?

Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya tentang Kvaloya Homestay.

Tempahan & Bayaran
01Berapakah harga sewa?

Rumah 4 bilik RM500 semalam (maksimum 19 orang). Untuk kumpulan 20 hingga 30 orang, boleh tambah rumah 3 bilik +RM300 semalam. Lihat halaman Informasi.

02Adakah harga berbeza pada cuti umum atau musim perayaan?

Tidak. Harga adalah sama sepanjang tahun, termasuk hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan.

03Berapakah deposit tempahan?

Deposit tempahan ialah RM100, dibayar secara online untuk mengesahkan tarikh. Deposit akan dipulangkan dalam tempoh 24 jam selepas check-out.

04Bagaimana cara membuat bayaran?

Melalui pindahan bank ke Maybank · Kvaloya Enterprise · 5660 1066 7675, atau imbas kod QR di halaman Pembayaran.

05Bilakah maklumat check-in akan diberi?

Selepas pembayaran penuh secara online, maklumat untuk check-in akan diserahkan sebelum pukul 11:00 pagi pada hari check-in.

06Apakah polisi pembatalan?

Duit hanya dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat 10 hari sebelum tarikh masuk.

07Boleh tukar tarikh tempahan?

Boleh, dengan syarat pertukaran tarikh dimaklumkan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh masuk.

08Bagaimana nak semak tarikh kosong?

Semak di kalendar tempahan. Kalendar hanya memaparkan tempahan yang telah membuat pembayaran, jadi sila WhatsApp kami untuk pengesahan tarikh.

Penginapan
09Pukul berapa check-in dan check-out?

Check-in 2:30 PM, check-out 12:00 PM.

10Bagaimana cara check-in?

Check-in secara self check-in. Semua pembayaran dibuat secara online, dan kunci rumah diletakkan di dalam key box yang disediakan. Cara membuka key box akan diberikan bersama maklumat check-in, sebelum pukul 11:00 pagi pada hari check-in.

11Berapa ramai boleh menginap?

Rumah 4 bilik selesa untuk 8 orang dan menerima maksimum 19 orang. Dengan tambahan rumah 3 bilik (selesa untuk 6 orang), kumpulan sehingga 30 orang boleh menginap.

12Berapa bilik dan katil yang disediakan?

Rumah 4 bilik: 4 katil queen dan 2 tilam single extra (Toto). Rumah 3 bilik: 3 katil queen. Setiap bilik ada aircond dan kipas.

13Berapa tandas yang disediakan?

Terdapat 4 tandas kesemuanya. Rumah 4 bilik: 2 tandas duduk. Rumah 3 bilik: 1 tandas cangkung. Turut disediakan 1 tandas luar (outdoor) jenis duduk.

14Adakah tuala dan sabun disediakan?

Ya. Sabun mandian disediakan. Rumah 4 bilik disediakan 4 helai tuala, dan rumah 3 bilik disediakan 3 helai tuala.

15Ada WiFi dan TV?

Ada. Unifi Internet WiFi 300Mbps dan Netflix di kedua-dua rumah. Smart TV LED 65" di rumah 4 bilik dan 50" di rumah 3 bilik.

16Boleh memasak di homestay?

Boleh. Rumah 4 bilik ada dapur lengkap: gas dan peralatan memasak, peti ais, microwave, periuk nasi, sinki, penapis air Coway, set meja makan 8 seat, serta pinggan dan cawan. Rumah 3 bilik ada set meja makan 8 seat, pinggan, cawan dan peti ais 45L.

17Kemudahan lain apa yang ada?

Iron & board, hair dryer, rak baju dan sejadah di setiap rumah. Rumah 4 bilik juga ada mesin basuh auto 8KG.

18Ada arah kiblat di dalam rumah?

Ada. Arah kiblat ditunjukkan di dalam rumah, dan sejadah juga disediakan.

19Sesuai untuk warga emas atau OKU?

Ya. Rumah ini mudah diakses dan sesuai untuk warga emas serta OKU.

20Ruang tamu ada aircond?

Buat masa ini, aircond belum disediakan di ruang tamu. Semua bilik tidur dilengkapi aircond dan kipas.

Kolam & Aktiviti
21Adakah kolam renang dikongsi dengan tetamu lain?

Tidak. Kolam renang adalah private dan dikhaskan untuk tetamu Kvaloya daripada keluarga atau kumpulan yang sama dalam satu tempahan sahaja. Tiada orang luar yang berkongsi, jadi anda boleh berenang dengan selesa dan tenang.

22Berapa kedalaman kolam renang?

Kolam seluas 600 kps dengan bahagian dewasa sedalam 4 kaki dan bahagian kanak-kanak sedalam 2 kaki.

23Pukul berapa kolam renang dibuka?

Kolam renang dibuka 24 jam untuk tetamu. Lampu kolam boleh dipasang atas permintaan, jadi sila maklumkan kami jika ingin berenang pada waktu malam. Elakkan berenang dalam keadaan gelap. Kanak-kanak mesti diawasi oleh orang dewasa pada setiap masa.

24Perlu pakai pakaian renang khas?

Tidak perlu. Tetamu bebas memakai pakaian yang selesa untuk berenang.

25Boleh buat BBQ?

Boleh. Set BBQ disediakan, tetapi arang tidak disediakan.

26Apa aktiviti lain yang boleh dilakukan?

Karaoke, ping pong, netball (bola tidak disediakan), boxing (punching bag), badminton, berjogging dan berbasikal. Sesuai juga untuk event reunion dan tahlil arwah keluarga, dan set Yasin turut disediakan.

Lokasi & Parking
27Di manakah lokasi Kvaloya Homestay?

Kampung Chemara, Sik, 08700 Kedah, di Pekan Jeniang. Lihat peta dan arah di halaman Lokasi.

28Berapa jauh dari tol lebuh raya?

Dari Pekan Jeniang, Plaza Tol Gurun lebih kurang 20 km (±20 minit) dan Plaza Tol Sungai Petani Utara lebih kurang 37 km (±35 minit).

29Ada tempat letak kereta?

Rumah 4 bilik: 4 kereta di dalam dan 4 kereta di luar. Rumah 3 bilik: 2 kereta. Bas boleh parking di luar rumah.

30Adakah homestay selamat?

Kawasan homestay dilengkapi CCTV, dan pelampung keselamatan disediakan di kolam renang. Walau bagaimanapun, tetamu bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan diri, ahli kumpulan dan barang peribadi sepanjang penginapan. Kanak-kanak mesti diawasi oleh orang dewasa pada setiap masa, terutamanya di kolam renang, seperti yang dinyatakan dalam syarat tempahan. Penggunaan kolam dan kemudahan adalah atas risiko tetamu sendiri.

Nombor kecemasan berdekatan:
Balai Polis Jeniang: 04-464 5592 (peta)
Klinik Jeniang: 04-464 1200 (peta)
Hospital Jeniang: 04-469 5333 (peta)
Bomba Sik: 04-469 5216 (peta)
Untuk kecemasan segera, dail 999.

31Kedai dan kemudahan terdekat?

Kedai makan pekan Jeniang 700m. Petron, ATM, masjid, farmasi dan klinik dalam lingkungan 1km.

32Di mana nak cari makanan yang mudah & murah?

Sarapan: Kedai makan di sebelah Farhan Restaurant, depan Petron Jeniang. Buka dari 7:00 pagi (peta).
Makan malam: Fana Tomyam (±1 km), setiap hari 4:00 petang – 12:00 malam (peta).
Cendol: Cen Cendol (±1.5 km), setiap hari 10:00 pagi – 7:00 petang (peta).
Kopi & minum petang: Kopi Peng Jeniang (±2 km), 3:30 petang – 10:00 malam, tutup hari Rabu (peta).
Pasar terdekat: Pasar pagi setiap Isnin di Pekan Jeniang (1 km). Pasar malam setiap Jumaat di Jeniang Batu 10 (1 km) dan setiap Rabu di Beris Jaya Batu 5 (5 km). Senarai penuh di halaman Informasi.
Waktu operasi berdasarkan Google Maps dan mungkin berubah.

33Ada tempat menarik berdekatan homestay?

Ada. Jambatan gantung lebih kurang 3 km dari homestay (lihat di peta). Jangan lupa singgah di Balai Polis Jeniang (±800m), satu-satunya balai polis berbentuk kubu di Malaysia, yang dibina pada zaman ancaman komunis.

Peraturan Rumah
34Boleh bawa haiwan peliharaan?

Maaf, haiwan peliharaan tidak dibenarkan di dalam kawasan homestay.

35Boleh bawa minuman keras atau makanan tidak halal?

Tidak. Minuman keras dan makanan tidak halal tidak dibenarkan di dalam kawasan homestay.

36Boleh merokok?

Merokok tidak dibenarkan di dalam rumah. Sila merokok di luar rumah dan jangan buang puntung rokok merata-rata.

37Bagaimana jika ada barang yang rosak?

Sebarang kerosakan atau kehilangan barang semasa penginapan adalah tanggungjawab tetamu dan perlu diganti mengikut kos sebenar. Sila maklumkan kepada kami secepat mungkin jika berlaku kerosakan.

38Ada peraturan untuk kolam renang?

Kolam renang tidak mempunyai penyelamat bertugas, tetapi pelampung keselamatan disediakan. Kanak-kanak mesti diawasi oleh orang dewasa sepanjang masa semasa di kolam, dan dilarang terjun dari tepi kolam. Penggunaan kolam adalah atas risiko tetamu sendiri, dan pihak homestay tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan.

39Boleh buat bising, karaoke atau pasang muzik kuat?

Sila hormati jiran sekeliling dan kurangkan bunyi selepas jam 10:00 malam, termasuk karaoke.

40Boleh bawa tetamu tambahan?

Jumlah tetamu tidak boleh melebihi had yang dipersetujui semasa tempahan. Sila maklumkan kami terlebih dahulu jika ada perubahan.

41Boleh buat majlis atau event di homestay?

Event reunion, tahlil arwah keluarga dan sambutan hari lahir (birthday) dialu-alukan, kerana ia aktiviti keluarga yang menyeronokkan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Walau bagaimanapun, kami tidak menerima tempahan untuk kenduri pertunangan atau kenduri kahwin.

42Apa yang perlu dibuat sebelum check-out?

Buang sampah ke dalam tong yang disediakan, basuh pinggan mangkuk yang digunakan, matikan aircond, lampu dan kipas, serta kunci semua pintu. Jangan alihkan atau bawa keluar perabot dan barang rumah.

43Bagaimana dengan barang peribadi tetamu?

Sila jaga barang peribadi masing-masing. Pihak homestay tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga.

Masih ada soalan?

Tanya kami

Kami sedia membantu melalui WhatsApp.

Waktu SolatSik, Kedah 

 

?FAQ Tanya Kami