Kvaloya Homestay terletak betul-betul di Pekan Jeniang Sik Kedah. Memiliki 2 unit rumah yang boleh memuatkan sehingga 30 orang ahli keluarga.
Menyediakan keseluruhan 6 bilik tidur aircond+kipas dan 1 bilik tidur kipas sahaja. 3 bilik air, 1 bilik air outdoor, ruang tamu, ruang persalinan, dapur yang selesa.
Kedudukan yang sangat hampir dengan pekan Jeniang bagi mendapatkan sebarang kemudahan
seperti petrol pump, pejabat kerajaan, masjid, sekolah menengah/rendah dan kedai-kedai sekitarnya hanya dalam jarak 5 minit.
Selain itu juga, homestay ini memiliki kolam renang (swimming pool) berkeluasan 20*29 kaki yang pasti amat memuaskan hati bagi semua penginap dewasa dan kanak-kanak disamping mempunyai halaman santai, ping pong, punching bag dan parking kereta yang luas.
Jangan lupa pekena cendol di sini. Memang 5star!!! Setakat makan KFC kami tak main lah. Hihihi
Anda berkunjung ke Kedah dan ingin mencari tempat menarik di Sik? Sik merupakan daerah yang paling luas di Kedah. Daerah ini juga merupakan kawasan yang masih kaya dan terpelihara dengan flora dan faunanya. Selain itu, kerajaan negeri juga telah menjadikan Sik sebagai sebuah kawasan agro-pelancongan. Jadi, pencinta alam pasti akan sukakan Sik. Jom kita tengok apa yang menarik di Sik dan sekitarnya.